| Wednesday, February 7, 2007 |
| Terima kasih pencuri! |

SEREMBAN 6 Feb. – “Terima kasih kepada pencuri-pencuri barang-barang surau ini sehingga habis semuanya hilang. Tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba. Tunggu! Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka ini... Amin.”
Kain rentang tertera dengan kata-kata tersebut dipasang di pintu masuk Surau Temiang Jaya, Sikamat di sini oleh ahli jawatankuasanya yang kecewa dengan kecurian tidak terkawal dan semakin menjadi-jadi di tempat ibadat itu.
Sejak surau itu dibuka pada 1980 sudah lebih 10 kali kejadian pecah masuk dan kecurian berlaku, termasuk tiga kali pada tahun lalu.
Apa sahaja harta surau yang berunsurkan besi, aluminium dan tembaga daripada kepala dan batang paip, mangga kunci, rantai besi, tong gas, periuk, kuali, tangga dan radio serta televisyen yang disimpan dalam stor dan dewan serbaguna surau itu, habis lesap.
Tidak cukup dengan itu, penjenayah rumah ibadat itu juga ‘tanpa segan silu’ memecah masuk ruang sembahyang dan merompak pembesar suara, amplifier serta tabung duit sumbangan orang ramai.
Imam surau itu, Dahlan Mohamad berkata, setiap kali barang yang hilang itu diganti baru, perkara yang sama akan berulang.
“Pintu stor, dewan serbaguna dan ruang sembahyang telah beberapa kali diganti daripada papan lapis kepada kayu padat, tetapi semuanya ditendang sehingga pecah dan diumpil oleh manusia yang tak reti bahasa ini.
mymatahati said: Inilah krisis sikap yang cukup parah melanda umat pada hari ini. pandangan yang sebegini telah mencacatkan wajah Islam. Di saat agama kita di serang depan dan belakang kita gagal melahirkan contoh yang terbaik dalam beragama. Persoalannya bagaimana kah masyarakat bukan Islam hendak menerima mesej Islam sedangkan sikap kita masih tidak berubah. Meminjam kata-kata seorang pendakwah yang bergiat kepada bukan Islam'medan dakwah kepada bukan Islam kerja kami, cukup lah umat mempratikkan akhlak Islam'. kisah ini terlalu meruntun perasaan tetapi kita kena menelan hakikat pedih ini.. |
posted by mymatahati @ Permalink ¤10:46 AM  |
|
|
|
|
|
| matahati |
| "....menghadapi hidup ibarat menghabiskan sebiji epal hijau sekalipun terasa masam dan kelat tetapi di situ ada kelazatannya..." |
| yang lepas |
|
| arkib |
|
| Buku |
 |
| Novel |
 |
| kitab |
 |
| Sembang |
Free shoutbox @ ShoutMix
|
| Link |
|
|