Saturday, January 20, 2007
selamat Menyambut Maal Hijrah




KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAYR!

Hijrah yang membawa erti yang begitu besar kepada kita umat Islam keseluruhannya.

Setiap cabaran serta ujian sepanjang hijrah sebenarnya adalah untuk mengukuhkan keyakinan mereka-mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.



Antara peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Muharram..:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.


"syukur kepada mu ya Allah kerana meminjamkan usia dan nikamat ini, mohon terus istiqmah dalam jalan kebenaran walaupun seorang, jika ada kelemahan diri maka akuilah kekurangan ini"


Salam Maal Hijrah 1428
posted by mymatahati @ Permalink ¤1:46 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 

matahati
"....menghadapi hidup ibarat menghabiskan sebiji epal hijau sekalipun terasa masam dan kelat tetapi di situ ada kelazatannya..."
yang lepas
arkib
Buku

Novel

kitab

Sembang

Free shoutbox @ ShoutMix
Link